China, ASEAN Kaji Kerjasama Kewangan B&R

2018-10-29 12:34:00  CRI
Share with:
Forum Kerjasama Kewangan dan Percukaian China-ASEAN ke-5 diadakan di Nanning, Guangxi pada 27 hingga 28 Oktober.

Lebih 180 peserta termasuk pegawai kerajaan, pakar kewangan dan percukaian serta usahawan dari China, ASEAN dan negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah membincangkan saluran baharu kerjasama di bawah B&R.

Presiden Persatuan Penyelidikan Percukaian Antarabangsa China, Wang Li menyatakan bahawa China bersedia terus meningkatkan kerjasama berkenaan dengan negara-negara ASEAN bagi mencipta suasana perniagaan yang baik.

Liu Shangxi, ketua Akademi Sains Fiskal China pula berkata, penyelarasan dasar amat penting dalam proses pembangunan bersama B&R. Forum tersebut signifikan untuk memperdalam pengajian pembaharuan sistem kewangan dan percukaian serta menggalakkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang terbabit.

Forum itu telah menjadi platform penting bagi lingkungan kewangan dan percukaian untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama.

张弘