Lebih 1,000 Syarikat dari Negara B&R Sertai CIIE

2018-11-04 16:41:48  CRI
Share with:

Lebih 1,000 syarikat dari 58 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) akan menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai. 

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Bingnan berkata, CIIE merupakan ekspo peringkat negara pertama di dunia yang bertemakan pengimportan. Dalam masa 15 tahun akan datang, China dijangka akan mengimport komoditi bernilai USD24 trilion dari pelbagai negara di dunia.

Kata beliau, CIIE pasti akan memberi peluang baharu kepada pelbagai negara termasuk negara-negara di sepanjang B&R untuk memperluas pengeksportan ke China, membolehkan mereka menikmati keuntungan daripada pembangunan China, sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

张哲