China, Penggerak Baharu Ekonomi Dunia yang Terbuka

2018-11-05 16:53:03  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama telah dirasmikan di Shanghai pada 5 November.

Ekspo ekonomi dan perdagangan peringkat antarabangsa kali ini menarik kehadiran lebih 3,600 syarikat dari 172 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa.

Dalam majlis perasmian CIIE pertama itu, Presiden Xi Jinping menyampaikan ucaptama yang berjudul "membina ekonomi dunia yang inovatif, inklusif dan terbuka".

Dalam ucaptama itu, Xi Jinping mengemukakan tiga pandangan untuk mengintensifkan keterbukaan dan kerjasama antara negara-negara di seluruh dunia, selain mengeluarkan lima langkah yang diamalkan kerajaan China untuk memperluas keterbukaan.

Langkah-langkah berkenaan dianggap akan menyuntik penggerak yang lebih kuat dalam usaha melindungi perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral, membina ekonomi yang terbuka serta komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi dalam ucaptamanya menggesa penekanan diberi kepada keterbukaan, kesejahteraan umum, dan kerjasama saling menguntungkan yang lebih luas; transformasi momentum yang dipacu inovasi; serta faedah yang dapat dinikmati sejagat dan pembangunan bersama semua negara.

Beliau turut berjanji untuk memperketat hukuman terhadap sebarang pencabulan hak dan kepentingan syarikat asing, khususnya melibatkan harta intelek. 

Langkah akan diambil untuk meningkatkan kualiti dan keefisienan penilaian harta intelek serta memperkenalkan sistem pampasan punitif, yang dipercayai akan membaiki suasana perniagaan di China.

Laporan Suasana Perniagaan 2019 yang dikeluarkan Bank Dunia (WB) baru-baru ini meletakkan China di tempat ke-46 di dunia, naik 32 tangga berbanding tahun lepas.

周乔西