Simposium Memperingati Ulang Tahun Ke-40 Pemergian Ma Jian

2018-11-05 14:39:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_21

Persatuan Islam China mengadakan simposium untuk memperingati ulang tahun ke-40 pemergian Ma Jian. 
Ma Jian yang dilahirkan di provinsi Yunnan pada tahun 1906 merupakan tokoh Islam, sarjana, penterjemah dan ahli pendidikan yang tersohor di China. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Mesir pada tahun 1931 dan menyandang jawatan sebagai profesor di Universiti Peking pada tahun 1946.

图片默认标题_fororder_23

Beliau salah seorang pengasas Persatuan Islam China dan mendidik sejumlah besar tenaga profesional yang fasih bahasa Arab di China. Encik Ma telah menghasilkan sejumlah besar karya dan penterjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Mandarin. Usaha beliau telah meningkatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dengan negara-negara Arab.

图片默认标题_fororder_22

徐国玮