CIIE Pertama Dirasmikan di Shanghai

2018-11-05 11:58:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_137582760_15414002446881n

Presiden China, Xi Jinping hadir menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai pagi tadi.

图片默认标题_fororder_137582760_15414002447711n

CIIE yang dianjurkan atas inisiatif Presiden Xi Jinping adalah pameran peringkat negara berskala besar yang pertama bertemakan pengimportan.

Ekspo itu bertujuan untuk menyediakan platform bagi negara-negara terlibat agar memanfaatkan peluang daripada pembangunan China, mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa demi kemakmuran bersama. 

CIIE dianggap tindakan praktikal China bagi menggalakkan pembangunan ekonomi sejagat yang terbuka serta globalisasi ekonomi.

Ekspo kali ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 3,600 syarikat dari 172 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa.

Di samping itu, lebih 400 ribu pembeli dari dalam dan luar negara dijangka akan menghadiri ekspo tersebut.

Selain itu, Forum Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Hongqiao yang dijadualkan diadakan dalam tempoh CIIE kali ini juga akan dijadikan platform utama bagi membincangkan isu-isu yang diberi perhatian bersama.

周乔西