China, Vietnam Sedia Galak Penyelarasan B&R

2018-11-05 11:18:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_yue

图片默认标题_fororder_yue2

Sempena ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam pada tahun ini, kedua-dua negara patut mempererat pertukaran dua hala peringkat tinggi, sekali gus menggalakkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan strategi "Dua Koridor dan Satu Lingkaran".

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc semalam, yang berada di Shanghai untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama.

Xi Jinping berkata, China bersedia menggalakkan lebih banyak syarikat domestik bekerjasama dengan pihak Vietnam dalam projek-projek utama yang berkaitan dengan kesalinghubungan.

Vietnam tetamu kehormat bagi CIIE kali ini, juga rakan dagang terbesar bagi China di rantau Asia Tenggara. China mahu mengimport lebih banyak produk popular dari Vietnam.

Kedua-dua negara juga harus berusaha bersama-sama untuk menjaga kedamaian dan kestabilan maritim serta kerjasama yang berkenaan.

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, penganjuran CIIE menunjukkan komitmen China untuk memperluas keterbukaan dan menjunjung perdagangan bebas. 

Vietnam bersedia mengambil peluang daripada CIIE kali ini untuk meningkatkan pengeksportan terhadap China.

周乔西