Ucapan Xi Suntik Keyakinan Kuat kepada Dunia

2018-11-06 13:12:47  CRI
Share with:

Ucaptama Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) semalam, mendapat sambutan baik daripada para peserta.

Dalam temu bual bersama Radio Antarabangsa China, Ketua Eksekutif Televisyen Republik Indonesia (TVRI), Helmy Yahya berkata, Xi dalam ucapannya mengibaratkan ekonomi China sebagai lautan luas yang tidak akan kalah kepada ribut. Ini menyuntik keyakinan yang paling kuat kepada dunia.

Yahya memetik penekanan yang diberi Presiden Xi dalam ucapannya, iaitu pembaharuan dan keterbukaan China tidak akan berhenti. Xi telah menyampaikan isyarat yang jelas kepada dunia luar bahawa China akan melakar kecemerlangan lebih besar melalui tahap keterbukaan yang lebih tinggi.

Kata Yahya, kejayaan China sepanjang 40 tahun lalu membuktikan sepenuhnya dasar pembaharuan dan pintu terbuka adalah tepat. CIIE merupakan bukti kukuh bahawa China akan terus menjalankan pembaharuan dan membuka pintu kepada luar.

曹捷