Ucapan Xi Gambarkan Semangat Terbuka, Inklusif

2018-11-06 13:20:54  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_a735e900-35b0-4b09-9998-36ab6294f888


Ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama menggambarkan semangat China yang terbuka dan inklusif.

Pandangan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan di Shanghai semalam.

Katanya, CIIE merupakan langkah China untuk mencipta peluang, membolehkan dunia berkongsi hasil pembangunan.

Majid ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China menyatakan bahawa China telah mewujudkan pembangunan dan kemajuan yang luar biasa sepanjang 40 tahun lalu.

Di samping mewujudkan pembangunan sendiri, China selaku entiti ekonomi kedua terbesar dan negara bertanggungjawab, mengambil inisiatif untuk mengundang negara lain berkongsi hasil pembangunan.

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) saranan Presiden Xi telah menampakkan hasil di Malaysia dan negara-negara lain yang turut terlibat. Ini hanya permulaan, matlamat akhir adalah yang disebut dalam ucapan Presiden Xi, iaitu mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

曹捷