Lawatan PM Li ke Singapura Suntik Tenaga bagi Kerjasama

2018-11-07 14:57:26  CRI
Share with:

Perkongsian Strategik Komprehensif China-Singapura yang dijalin pada 2015 telah menunjukkan hala tuju perkembangan hubungan bilateral antara kedua-dua negara. 

Dalam konteks ini, konotasi kerjasama dua hala juga semakin diperdalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Singapura yang dijadualkan pada minggu depan juga menjadi tumpuan sarjana Singapura.

Dekan Kolej Perniagaan Antarabangsa Nanyang (NIBC)Singapura, Dr. Koh Chin Yee berpendapat, kerjasama antara kedua-dua negara pada masa hadapan akan menumpukan tiga sektor, termasuk pembinaan Saluran Selatan China-Singapura, penerokaan pasaran pihak ketiga dalam rangka "Jalur dan Laluan" (B&R) serta rundingan perdagangan bebas.

Kerajaan dan komuniti perniagaan Singapura bersikap proaktif untuk menyertai pembinaan Saluran Selatan China-Singapura, dan telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam usaha meneroka pasaran pihak ketiga. 

Koh Chin Yee berkata, pengumuman untuk menaik taraf rundingan perjanjian perdagangan bebas China-Singapura sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai juga dianggap peristiwa penting dalam perkembangan hubungan bilateral.

周乔西