CPCROP Maju Seiring Pembaharuan, Keterbukaan China

2018-11-07 14:03:35  CRI
Share with:

CROP Integration Group (CPCROP) Thailand telah membangun dan berkembang maju seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China selama 40 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CPCROP, Khunsri Thongyoi yang menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai berkata, selaku entiti asing pertama yang menanam modal di China selepas dasar tersebut mula dilaksanakan, CPCROP sentiasa yakin terhadap pembangunan negara ini.

Pada CIIE pertama ini, CPCROP mempamerkan lebih 400 keluaran Thailand, satu batu loncatan untuk mempergiat penglibatan dalam integrasi ekonomi global dan liberalisasi perdagangan, juga respons kepada inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China.

覃淼