Presiden CMG: Ucapan Presiden Xi Gambarkan Kesungguhan China untuk Terus Buka Pintu

2018-11-07 11:28:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_09ae87a94e914157a9527b0a404eb92b


Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menilai tinggi ucaptama Presiden Xi Jinping pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai, yang telah menjadi tumpuan hangat netizen serta masyarakat dalam dan luar negara.

Semasa Forum Media Kewangan dan Kumpulan Pemikir Antarabangsa Hongqiao petang semalam, Shen Haixiong berkata, ucaptama itu telah membentangkan dasar dan langkah China untuk membuka pintu kepada luar, di samping menyampaikan hasrat tulus ikhlas untuk mewujudkan situasi menang-menang dan untung bersama dengan dunia.

Selaku ekspo antarabangsa bertema import yang pertama di dunia, CIIE menggambarkan sepenuhnya kesungguhan China untuk terus membuka pintu dan pasaran kepada luar, dengan alu-aluan kepada semua negara untuk berkongsi peluang pembangunan China.

曹捷