CIIE Perkenalkan Konsep China Tentang Bekerjasama dan Berkongsi Dengan Dunia

2018-11-08 12:04:40  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) antara temasya yang membawa makna sejarah dan membantu pelbagai negara di dunia memahami konsep pembangunan China yang berorientasikan kerjasama dan perkongsian.

Demikian ujar Naib Menteri Perdagangan Myanmar, U Aung Htoo ketika diwawancara dalam tempoh berlangsungnya CIIE di Shanghai.

Menurutnya, ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian berkenaan meninggalkan kesan mendalam kepadanya. China mencapai kecemerlangan dalam 40 tahun lalu dan sedang berusaha untuk mencapai kemajuan lagi pada masa depan. Penganjuran Ekspo ini menunjukkan bahawa China akan terus menjaga keseimbangan antara pembangunan import dengan pembangunan eksport berdasarkan konsep bekerjasama dan berkongsi masa depan.

Beliau berkata, CIIE yang dilihat sebagai bantuan China kepada negara-negara membangun ini membawa makna penting bagi Myanmar. Dalam pada itu, penganjuran ekspo ini memberikan inisiatif kepada dunia tentang melaksanakan perdagangan yang multilateral, terbuka, telus dan bebas.

覃淼