Sinergi Diperlukan Demi Kemakmuran Bersama

2018-11-08 16:30:01  CRI
Share with:

China menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa berikutan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai yang berlangsung pada 5 hingga 11 November ini.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptamanya dalam majlis perasmian CIIE pada 5 November lalu telah mengumumkan lima langkah untuk terus memperluas keterbukaan terhadap pasaran dunia, dan terus melonggarkan akses pasaran domestik.

Pada 6 November lalu, mesyuarat meja bulat ketiga dengan ketua-ketua dari enam institusi ekonomi dan kewangan antarabangsa utama (1+6) diadakan di Beijing.

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam mesyuarat tersebut sekali lagi menegaskan China akan mempergiat keterbukaan yang bertaraf lebih tinggi bagi menggerakkan pembangunan yang berkualiti.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden China, Wang Qishan ketika menyampaikan ucaptamanya pada perasmian Forum Ekonomi Inovatif 2018 di Singapura menyatakan bahawa China akan terus membuka pintu kepada dunia dan komited bersama-sama negara lain menggalakkan globalisasi ekonomi berkembang ke arah lebih terbuka, inklusif, seimbang dan menang-menang.

Serentak itu, Ekspo Aeroangkasa Antarabangsa China dan Persidangan Internet Dunia ke-5 juga telah masing-masing dirasmikan di Zhuhai, provinsi Guangdong dan Wuzhen, provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Anjuran ekspo dan persidangan tersebut menunjukkan kesediaan dan keazaman China untuk membangun bersama dengan negara-negara di seluruh dunia melalui pelaksanaan dasar pintu terbuka yang lebih mendalam. 

Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde beranggapan, China sedang berusaha membina "jejambat ke arah kemakmuran".

Jumlah sumbangan sektor penggunaan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat 78% pada sembilan bulan pertama tahun ini, namun jumlah sumbangan itu hanya mencapai 50% pada 2013.

"Jejambat ke arah kemakmuran" itu bukan hanya diperlukan oleh rakyat China, bahkan rakyat seluruh dunia.

周乔西