Pegawai Malaysia: CIIE Bawa Peluang kepada Perdagangan Malaysia-China

2018-11-08 16:32:47  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama telah membawa peluang bagi menggalakkan pertumbuhan perdagangan Malaysia dengan China. Demikian ujar Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Mohd Shahreen Modros ketika ditemu bual oleh wartawan CRI semalam.

Shahreen menyatakan bahawa Malaysia mementingkan pasaran China, sentiasa menyertai perdagangan antarabangsa serta mendapat faedah dalam perdagangan dengan China. CIIE telah membawa peluang kepada perkembangan perdagangan Malaysia-China. Beliau berasa sungguh mengagumkan kerana China mengekalkan dan meningkatkan pelaksanaan dasar buka pintu.

Rombongan Malaysia yang menyertai CIIE kali ini diaturkan bersama-sama oleh MATRADE, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC). Ruangan pameran negara Malaysia terdiri daripada empat bahagian yang melibatkan sains dan teknologi tinggi, perdagangan perkhidmatan dan produk makanan. 

曹捷