Pertemuan Berkala ke-23 Perdana Menteri China-Rusia di Beijing

2018-11-08 13:19:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123679684_15416005113071n

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev bersama-sama mempengerusikan Pertemuan Berkala ke-23 Perdana Menteri China-Rusia di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin telah banyak kali mengadakan pertemuan yang berjaya, dan perkongsian rakan strategik komprehensif kedua-dua negara kekal beroperasi pada tahap tinggi. Pertemuan ini dijalankan buat kali pertama selepas kerajaan penggal baharu kedua-dua negara dibentuk. Pelbagai mekanisme jawatankuasa di bawah rangka Pertemuan ini beroperasi dengan lancar dan menyaksikan kerjasama dalam bidang-bidang terlibat membuahkan hasil yang baharu. China bersedia terus mengintensifkan kesalingpercayaan politik dan strategik dengan Rusia, memperluas kerjasama pragmatik, bersama-sama menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia.

Li Keqiang berharap kedua-dua pihak terus meningkatkan tahap kemudahan perdagangan, memperluas skala pelaburan antara satu sama lain, mengintensifkan kerjasama pertanian, mendorong e-dagang rentas sempadan China-Rusia berkembang dengan sihat dan stabil, serta meningkatkan kerjasama dalam bidang inovasi terutamanya penggunaan sains dan teknologi dan penyelidikan asas.

Li Keqiang menegaskan, China bersedia bersama-sama dengan Rusia komited melindungi prinsip dan semangat Pertubuhan Perdagangan Dunia, memelihara perdagangan bebas dan menyokong multilateralisme. China bersedia menyelaraskan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia.

Selepas Pertemuan itu berakhir, PM Li dan Medvedev menandatangani Pengumuman Bersama Pertemuan Berkala ke-23 Perdana Menteri China-Rusia serta menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan bidang pelaburan, sumber tenaga, kerjasama daerah, sosiobudaya, pertanian, kastam, pemeriksaan kualiti dan angkasa lepas. 

曹捷