Korea Selatan, DPRK Kekal Pos Pengawal

2018-11-09 10:47:58  CRI
Share with:

Korea Selatan dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) bersetuju untuk masing-masing mengekalkan satu pos pengawal di zon bebas tentera (DMZ).

Korea Selatan memaklumkan kedua-dua pihak akan terus mengawal dan memastikan fasiliti berkenaan tidak digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Pada 26 Oktober, dua negara itu telah mengadakan rundingan peringkat jeneral di Panmunjom. Hasil rundingan, kedua-dua pihak akan masing-masing mengundurkan kakitangan dan kelengkapan di 11 pos kawalan DMZ di sempadan.

Prosedur terbabit akan selesai sebelum hujung November, dan dimuktamadkan pada Disember.

覃淼