Xi Jinping Ditemui Harry Kissinger

2018-11-09 13:19:18  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123686071_15416858437371n


Presiden China, Xi Jinping ditemui bekas Setiausaha Negara Amerika Syrikat (AS), Dr. Henry Kissinger di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Xi menyatakan bahawa Dr. Kissinger adalah sahabat lama rakyat China yang telah membuat sumbangan besar kepada perkembangan hubungan China-AS. Dunia kini berdepan perubahan yang tidak pernah dilihat dalam sedekad lalu, masyarakat antarabangsa menanti-nantikan hubungan China-AS berkembang mengikut arah yang betul. 

Beliau dan Presiden Donald Trump telah berjanji bertemu sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Argentina, untuk bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu yang menjadi tumpuan sama.

Xi menegaskan China sentiasa menempuh jalan pembangunan secara damai, komited memajukan hubungan China-AS tanpa konfrontasi, saling hormat serta berlandaskan kerjasama saling untung. China bersedia menyelesaikan masalah dalam hubungan dua hala melalui rundingan secara sama rata, saling menguntungkan, saling memahami dan bertolak ansur. 

AS diharap menghormati hak China untuk maju mengikut jalan pembangunan yang dipilih sendiri, serta sehaluan dengan China dalam usaha mengembangkan hubungan dua hala dengan sihat dan stabil.

Kissinger pula menyatakan, perlunya pemikiran strategik dan visi jauh untuk mengembangkan hubungan AS-China. Kedua-dua pihak perlu meningkatkan persefahaman, memperkasakan komunikasi strategik, memperluas kepentingan bersama, dan menangani perselisihan dengan baik. Ini akan menunjukkan kepada dunia bahawa terdapat jauh lebih banyak kepentingan bersama antara AS dan China berbanding perbezaan.

Beliau berharap pertemuan Presiden Xi dengan Trump di Argentina dapat diadakan dengan jayanya. 

曹捷