Kerjasama China-ASEAN Buahkan Hasil Cemerlang

2018-11-09 12:06:50  CRI
Share with:

Kerjasama China-ASEAN telah membuahkan beberapa hasil cemerlang dan kemajuan besar dalam pelbagai sektor pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Dalam konteks bangkitnya unilateralisme dan dasar pemencilan pada masa ini, amalan China dan negara-negara ASEAN yang masih berpegang kepada semangat terbuka dan berusaha melindungi perdagangan bebas patutlah dihargai. 

Demikian ujar Oh Ei Sun, penasihat kanan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) mengenai hal ehwal antarabangsa, mengulas lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Singapura pada 12 hingga 16 November serta kehadiran beliau dalam siri mesyuarat Asia Timur termasuk Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-21, Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-21 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-13.

Beliau berkata, pasaran China yang terbuka juga menarik semakin banyak pelaburan asing dari seluruh dunia. Kini, pengimportan juga dinaik taraf sebagai salah satu komponen utama dalam kerjasama ekonomi berikutan penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). 

Wakil khas Sekretariat ASEAN, Danny Lee berkata, kemajuan dalam dua bidang kerjasama antara ASEAN dan China harus diberi tumpuan. Pertama, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan secara berperingkat dalam rundingan penaiktarafan FTA pada masa ini. 

Kedua ialah Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). China dan ASEAN telah mencapai konsensus berhubung draf rundingan COC pada Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Ogos lalu.

周乔西