Rouhani: Sekatan AS Tidak Beri Impak kepada Ekonomi Iran

2018-11-12 15:59:43  CRI
Share with:

Presiden Iran,  Hassan Rouhani baru-baru ini menyatakan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) yang dilancarkan pada 5 November, tidak memberi sebarang impak kepada ekonomi negara itu.

Beliau berkata, keadaan itu disebabkan  semua langkah yang diambil Washington bukanlah baharu, kecuali menambah senarai yang merangkumi beberapa bank dan syarikat pernerbangan Iran. Hal ini menunjukkan AS hanya ingin memberi tekanan kepada Iran dari segi psikologi.

Rouhani turut menyangkal kenyataan pihak AS bahawa sekatan pusingan baharu menyasarkan kerajaan Iran, bukannya rakyat. Beliau berkata, kerajaan AS memberi tekanan kepada rakyat Iran melalui sekatan haram, perbuatan yang ditentang keras oleh seluruh masyarakat tempatan.

Pada 5 November, Washington mengumumkan satu lagi pusingan sekatan dikuatkuasakan ke atas Iran, membabitkan pengendali pelabuhan, sektor tenaga, perkapalan dan pembinaan kapal, transaksi berkaitan petroleum serta urus niaga antara institusi kewangan asing dengan bank pusat negara berkenaan.

胡星