Majlis Peringati Ulang Tahun ke-100 WWI di Paris

2018-11-12 15:08:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_fa

图片默认标题_fororder_fa2

图片默认标题_fororder_fa4

图片默认标题_fororder_fa3

图片默认标题_fororder_fa5

Pemimpin-pemimpin dari lebih 60 negara serta wakil beberapa pertubuhan antarabangsa berkumpul di Arc de Triomphe, Paris, Perancis semalam untuk memperingati ulang tahun ke-100 pemeteraian perjanjian gencatan senjata yang mengakhiri Perang Dunia I (WWI).

Dalam konteks bangkitnya nasionalisme semasa ini, "tidak melupakan sejarah" dan "multilateralisme" menjadi kata kunci bagi aktiviti tersebut.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menghadiri majlis itu menggesa negara-negara terlibat sentiasa mengenang kesengsaraan akibat perang serta menghargai keamanan dan keharmonian hidup bagi mengelakkan berulangnya tragedi sejarah.

Pada hari yang sama, Canselor Jerman, Angela Merkel dalam ucapan perasmian Forum Perdamaian Paris menyatakan bahawa faham pemencilan tidak dapat menyelesaikan masalah. Cabaran yang didepani masyarakat antarabangsa semasa ini harus ditangani melalui sinergi semua negara.

周乔西