Xi Mahu HK, Makau Pelukkan Pembaharuan dan Pintu Terbuka untuk Pembangunan Lebih Cemerlang

2018-11-13 16:24:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123702125_15420289026191n

Presiden China, Xi Jinping berharap agar Hong Kong dan Makau boleh mencapai pembangunan yang lebih cemerlang dengan mengambil peluang daripada pembaharuan dan pintu terbuka negara ini.

Beliau meluahkan harapan tersebut ketika ditemui delegasi dari kedua-dua wilayah pentadbiran khas itu di Beijing semalam. 

图片默认标题_fororder_1123702125_15420289580971n

Xi berkata, Hong Kong dan Makau berperanan penting dan mempunyai kelebihan dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada era baharu. 
 
Beliau berharap Hong Kong dan Makau boleh lebih aktif terlibat dalam pintu terbuka, pembangunan, dan pentadbiran negara, serta interaksi kemanusiaan antara China dengan masyarakat antarabangsa.

徐国玮