DPRK Kutuk Korea Selatan, AS Pulihkan Latihan Tentera Bersama

2018-11-13 15:46:17  CRI
Share with:

Akhbar Rodong Simun Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam menerbitkan rencana mengutuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulihkan latihan tentera bersama pasukan marin. Menurut rencana itu, latihan tentera itu menyasarkan DPRK dan membelakangi perjanjian ketenteraan DPRK-Korea Selatan yang ditandatangani September lalu serta situasi semasa rundingan damai di Semenanjung Korea. 

Sebelum ini, latihan tentera bersama antara Korea Selatan dengan AS tergantung selama enam bulan sebelum dipulihkan di Gyeongsangbuk-do pada 5 November lalu. Kira-kira 500 orang askar AS yang ditempatkan di Okinawa, Jepun terlibat dalam latihan tentera tersebut. 

Menurut rencana itu, Korea Selatan dan DPRK perlu komited memelihara rasa percaya dan mewujudkan kedamaian yang berkekalan di Semenanjung. Pemulihan latihan tentera bersama antara Korea Selatan dengan AS tidak sesuai dengan situasi pada masa sekarang.

徐国玮