China dan Kanada akan berganding bahu dalam memelihara multilateralisme dan globalisasi ekonomi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara dan dunia.
Isyarat tersebut dikeluarkan dalam Dialog Strategik Ekonomi dan Kewangan China-Kanada pertama yang diadakan di Beijing semalam.
Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh ahli Dewan Negara China Wang Yong, serta Menteri Kewangan Kanada William Morneau dan Menteri Kepelbagaian Perdagangan Antarabangsa negara itu James Carr.
Dalam dialog tersebut, Wang Yong menyatakan bahawa hubungan China-Kanada berkembang baik pada beberapa tahun ini. Lawatan peringkat tinggi kerap kali diadakan, kerjasama ekonomi dan perdagangan membuahkan hasil yang menggalakkan.
William Morneau dan James Carr masing-masing menyatakan, Kanada amat mementingkan hubungan dengan China. Ekonomi kedua-dua negara saling melengkapi dan kerjasama bilateral berpotensi besar. Pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam perdagangan dan pelaburan, menggalakkan ekonomi kedua-dua negara mencapai pertumbuhan secara stabil dan lestari.
Mereka menegaskan, Kanada bersedia bersama-sama China menyokong dan menyempurnakan sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan, mempererat kerjasama dalam tadir urus ekonomi global, dan bersama-sama menghadapi cabaran global.
Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mengenai situasi ekonomi makro, tadbir urus ekonomi global, kerjasama perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan. Lebih 50 hasil yang saling menguntungkan dicapai.