Dari CIIE ke "11.11", Penaiktarafan Perbelanjaan di China

2018-11-13 14:51:36  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama baru melabuhkan tirainya dengan kontrak bernilai USD57.83 bilion ditandatangani. Ini diikuti dengan satu pesta beli-belah iaitu "11.11" Tmall di bawah kumpulan Alibaba yang mencatatkan jualan berjumlah RMB213.5 bilion (USD30.7 bilion). Daya beli yang luar biasa itu bukan hanya memperlihatkan potensi pasaran perbelanjaan yang besar di negara ini, malah juga tanda penaiktarafan perbelanjaan China yang lebih tinggi, istimewa dan pelbagai. 

Pesta beli belah e-dagang "11.11" bermula sejak 11 November tahun 2009. Kini ia telah menjadi pesta beli-belah yang disertai pengguna dari seluruh dunia dan berskala paling besar. Pesta ini dianggap barometer pasaran perbelanjaan China. 

Pesta "11.11" tahun ini menjadi karnival 48 jam yang meliputi semua zon waktu di dunia. Para pembeli dari luar negara turut terlibat dalam karnival ini melalui platform AliExpress, Lazada dan Daraz. 

Dalam dua jam pertama, jualannya telah melebihi RMB100 bilion. Jualan hariannya pula mencipta rekod dunia.

Berdasarkan statistik, sumbangan perbelanjaan oleh penduduk China terhadap pertumbuhan ekonomi telah melebihi 78% dalam tiga suku tahun ini, kadar ini meningkat 14% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Perbelanjaan telah menjadi penjana penting bagi pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi. 

Jika CIIE ibarat membuka pintu ke pasaran China, maka pesta "11.11" membolehkan dunia luar mengetahui permintaan dan potensi besar di pasaran negara ini. 

Dalam tempoh 15 tahun akan datang, China dijangka akan mengimport produk yang bernilai USD30 trilion dan perkhidmatan USD10 trilion bagi memenuhi permintaan rakyat. Dalam urus niaga jual beli yang terbuka ini, China akan menjadi penjana ekonomi dunia yang lebih kuat.

张弘