Li Keqiang Ditemui Lee Hsien Loong

2018-11-13 10:21:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lileesingapura600

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Singapura semalam. 

Li berkata, China dan Singapura negara jiran dan rakan kongsi penting. Singapura aktif terlibat dalam pembaharuan dan pintu terbuka di China. Kedua-dua negara ini rakan perdagangan penting antara satu sama lain.

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada tahun 2015. Kedua-dua negara menjalinkan hubungan rakan kongsi komprehensif. China bersedia merapatkan interaksi, mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dan melonjakkan kerjasama dua hala dalam segenap aspek ke tahap yang lebih tinggi.

 

图片默认标题_fororder_lileesingapura6002

Li berkata, China dan Singapura saling melengkapi dan kerjasama antara kedua-dua negara ini berprospek cerah. China ingin memperkasakan kerjasama inovasi dengan Singapura dan meningkatkan latihan modal insan dalam kewangan, sains dan teknologi serta perusahaan.

Lee Hsien Loong pula berkata, hubungan Singapura dan China mengekalkan momentum baik. Kerjasama kedua-dua negara membuahkan hasil baharu dalam perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, pendidikan dan kebudayaan. Penaiktarafan perjanjian  perdagangan bebas Singapura-China memberikan manfaat benar kepada perusahaan dan rakyat kedua-dua negara ini.

 

图片默认标题_fororder_lileesingapura6003

Selepas rundingan, perdana menteri kedua-dua negara turut menyaksikan majlis memeterai pelbagai dokumen kerjasama dua hala.

王瑾