Li Keqiang Sampaikan Ucapan pada “Singapore Lecture”

2018-11-13 20:01:38  CRI
Share with:

图片默认标题

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bersama-sama Mencipta dan Berkongsi Kemakmuran dalam Keterbukaan dan Penyelarasan" pada Ceramah Singapura (Singapore Lecture) di Singapura pagi tadi.

Beliau berkata, hubungan China dan Singapura berkembang secara mapan semasa ini, selain kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara terus diperkasakan. Sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 40 tahun yang lalu, pelbagai kalangan Singapura aktif terlibat dalam usaha ini dan mencapai hasil yang saling menguntungkan. Lawatan beliau kali ini adalah untuk merumuskan pengalaman, meningkatkan persepakatan, mengintensifkan kerjasama supaya hubungan kedua-dua negara ini dapat dilonjakkan ke satu tahap yang lebih tinggi.

 

图片默认标题

Li berkata, selain lawatan rasmi ke Singapura, beliau juga akan menghadiri siri persidangan pemimpin Asia Timur untuk merapatkan hubungan China dengan negara-negara ASEAN.

Beliau berkata, China mengekalkan pembangunan secara damai dan bersahabat dengan negara jiran. China mengalu-alukan perusahaan dari negara-negara ASEAN termasuk Singapura meningkatkan pelaburan di China. China komited berusaha bersama-sama dengan Singapura untuk mempergiat pembangunan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), kesalinghubungan, sokongan kewangan dan kerjasama tiga pihak agar memberikan sumbangan baharu bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran Asia bahkan dunia.

 

图片默认标题

Ceramah kali ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, dan turut disertai Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

王瑾