Syarikat Filipina Peroleh Banyak Tempahan dalam CIIE

2018-11-13 15:43:57  CRI
Share with:

Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina semalam mengumumkan, syarikat negara itu memperoleh tempahan produk bernilai lebih USD100 juta (RM431 juta) dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang baru berakhir. 
Setiausaha Perdagangan dan Industri, Ramon Lopez dalam pengumuman itu berkata, nilai tempahan tersebut jauh lebih tinggi berbanding jangkaan. Pihaknya akan membawa lebih banyak syarikat ke CIIE tahun depan.
Beliau menambah, selain tempahan itu, syarikat Filipina juga berjaya menjual produk bernilai USD16 juta (RM69 juta) sempena ekspo kali ini. 
Menurutnya, hasil pertanian berkualiti tinggi Filipina mendapat sambutan yang baik daripada pengguna China. Ini kejayaan yang besar bagi syarikat Filipina. 
Mengikut statistik, kira-kira 40 syarikat Filipina yang membawa makanan, hasil pertanian, kraf tangan dan barang tenunan menyertai CIIE pertama.

徐国玮