PM China: Tingkatkan Kerjasama Ekonomi China-Singapura

2018-11-14 09:49:02  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_129993307_15421317988951n

 

Perdana Menteri China, Li Keqiang berharap agar kerjasama ekonomi antara China dengan Singapura dipertingkatkan.

Li yang dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura menyatakan harapan tersebut ketika menyampaikan ucapan pada jamuan malam yang dihoskan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura dan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura semalam.

Li berkata, China mengalami perubahan yang amat besar dalam tempoh 40 tahun pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Singapura pula mencapai kecemerlangan yang mengagumkan. Pembangunan di Singapura turut memberikan pengalaman yang berharga bagi China. Sementara pembangunan di China pula menyediakan peluang pembangunan kepada Singapura. 

Kedua-dua negara ini mengekalkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang istimewa. China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk membina kesalinghubungan, saling menyokong dalam bidang kewangan, membina platform kerjasama tiga pihak, memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan, mempergiat kerjasama kewangan agar meningkatkan kerjasama serantau ke satu tahap baharu.

Li menambah, China akan terus memperkasakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Beliau mengalu-alukan syarikat dari pelbagai negara termasuk Singapura mengambil peluang ini, menambah pelaburan di China, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan sehingga mewujudkan situasi menang-menang.

王瑾