Brunei Darussalam Nanti-nantikan Lawatan Presiden Xi

2018-11-16 15:59:45  CRI
Share with:

Pelbagai kalangan di Brunei Darussalam menanti-nantikan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke negara itu.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Aminuddin Ihsan bin Abidin berkata, lawatan Presiden Xi akan melonjakkan hubungan bilateral  ke tahap yang lebih tinggi.
Naib Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan Brunei, Wardi Bin Haji Mohammad Ali berharap dapat memperkenalkan adat resam negara itu kepada Presiden Xi sempena lawatan beliau kali ini.
Ketua Majlis Perniagaan Cina Brunei, Lim Tiong Han berharap rakyat dan kerajaan negara itu dapat mengambil peluang lawatan Presiden Xi untuk berinteraksi dengan peniaga asing.

 

高蕾