Kertas Putih tentang Perlindungan dan Pembangunan Kebudayaan di Xinjiang

2018-11-16 15:10:22  CRI
Share with:

Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih tentang perlindungan dan pembangunan kebudayaan di Xinjiang semalam.

Kertas putih itu berbunyi, Xinjiang ialah tempat tinggal pelbagai etnik dan tempat pertembungan pelbagai budaya. Kebudayaan Xinjiang berakar di tanah ini dan turut menggalakkan pengembangan budaya negara ini.

Bahasa dan tulisan pelbagai etnik digunakan dengan meluas, kebebasan beragama oleh penduduk dihormati dan dilindungi, pertukaran budaya antara Xinjiang dengan luar semakin dinamik. Kerajaan memberikan perhatian tinggi terhadap pewarisan dan perlindungan budaya pelbagai etnik di Xinjiang, menggalakkan pelbagai etnik saling mempelajari dan mengadakan pertukaran.

徐国玮