5 Dihukum Mati Kes Jamal Khashoggi

2018-11-16 16:02:36  CRI
Share with:

Jabatan Peguam Arab Saudi mengeluarkan kenyataan semalam mengemukakan hukuman mati ke atas lima orang yang terlibat dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

Menurut kenyataan itu, jabatan peguam telah menahan 21 suspek yang terlibat kes tersebut. Selepas mengadakan penyiasatan terhadap 21 orang itu, jabatan peguam mengemukakan dakwaan terhadap 11 suspek dan hukuman mati terhadap 5 orang yang mengarahkan dan melakukan pembunuhan terhadap Jamal Khshoggi.

Difahamkan, jabatan tersebut juga meminta pihak Turki menyediakan bukti berkaitan kes itu termasuk rakaman audio.

Keputusan siasatan awal kes Jamal Khashoggi turut diumumkan untuk mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan.

胡星