Hubungan China, Negara-Negara Kepulauan Pasifik Masuk Era Baharu

2018-11-17 15:28:05  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Papua New Guinea telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara kepulauan Pasifik yang telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China di Port Moresby semalam. 
Para pemimpin telah bertukar-tukar pendapat tentang usaha meningkatkan hubungan antara China dengan negara-negara kepulauan di Pasifik serta mengemukakan empat cadangan, iaitu meningkatkan rasa saling percaya, mewujudkan kemakmuran bersama, mengeratkan hubungan persahabatan, dan tolong-menolong bagi menjaga keadilan, supaya membuka era baharu hubungan China dengan negara-negara berkenaan.
China beranggapan bahawa kesemua negara sama ada besar mahupun kecil adalah sama kedudukan. Rakyat negara kepulauan berhak untuk memilih jalan pembangunan sendiri dan ini patut dihormati negara-negara lain. China menyediakan bantuan tanpa sebarang syarat politik kepada negara-negara kepulauan Pasifik itu dan bantuan ini berperanan penting dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi negara-negara terlibat.
Presiden Xi berjanji bahawa China akan membuka pasaran kepada negara-negara tersebut, menambah pelaburan dan import. Selain itu, China menyokong negara-negara tersebut melantangkan suara di arena antarabangsa. China dan negara-negara kepulauan di Pasifik akan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan, tolong-menolong dan bersama-sama memelihara kesamarataan dan keadilan antarabangsa. 
Pemimpin negara-negara tersebut menganggap China sebagai rakan kongsi penting bagi menggalakkan pembangunan, memberikan manfaat kepada rakyat serta menghadapi cabaran global. Negara-negara tersebut bersedia menyertai pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

徐国玮