Hubungan China-Filipina Lonjak ke Tahap Baharu

2018-11-21 11:36:37  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123743117_15427368355981n

Hubungan antara China dan Filipina, yang mengalami jatuh bangun  bertahun-tahun lamanya, kini melonjak ke tahap baharu hasil lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Manila. 

Dalam pertemuan semalam, Presiden Xi dan rakan sejawatnya Rodrigo Duterte bersetuju menaiktarafkan ikatan kepada hubungan kerjasama strategik komprehensif. 

Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai usaha sama menggalakkan pembangunan Jalur dan Laluan serta penerokaan sumber minyak dan gas asli yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

图片默认标题_fororder_ruiping1

Pada 2005, kedua-dua negara memutuskan menjalin hubungan kerjasama strategik untuk keamanan dan pembangunan. Bagaimanapun, momentum positif itu telah terjejas berikutan hasutan negara luar rantau, khususnya setelah kerajaan Benigno Aquino III membangkitkan kes timbang tara berhubung pertikaian isu Laut China Selatan secara sepihak. Susulan itu, usaha untuk mengembangkan hubungan kerjasama strategik turut tergendala.

Pada Julai lalu, kerajaan Filipina menyatakan bahawa berdasarkan persepakatan yang dicapai pada 1986 iaitu "mengetepikan pertikaian, meneroka bersama-sama", kedua-dua pihak diyakini mampu mencari kaedah yang sesuai untuk bersama-sama meneroka sumber alam demi manfaat rakyat di bawah pimpinan Presiden Xi dan Presiden Duterte.

Menteri Luar China, Wang Yi segera memberi reaksi positif dengan menyatakan kerajaan kedua-dua negara patut membina konsensus seawal mungkin bagi membawa faedah kepada rakyat.

Kebijaksanaan politik pemimpin kedua-dua negara pada 32 tahun lalu kini sedang direalisasikan dalam bentuk tindakan bersama. Sepertimana yang dinyatakan oleh Presiden Xi, China dan Filipina mempunyai kepentingan bersama yang luas di Laut China Selatan, boleh terus mengendalikan perselisihan melalui rundingan muhibah, di samping menggalakkan kerjasama maritim yang praktikal demi menyumbang kepada ketenteraman dan kesejahteraan rakyat serantau.

图片默认标题

Presiden Duterte menyifatkan lawatan Presiden Xi batu tanda penting dalam hubungan Filipina-China, yang bakal membuka lembaran baharu dalam kerjasama kedua-dua negara. 

Beliau menyatakan pihaknya bersetuju bahawa kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan harus dijaga bersama oleh negara-negara di rantau ini, sambil menambah Filipina bersedia merapatkan penyelarasan dengan China dalam rangka multilateral termasuk PBB.

Lawatan Presiden Xi kali ini bukan sahaja meningkatkan rasa saling percaya dalam politik  antara China dengan Filipina dan memperkukuh hubungan bilateral, malah memberi teladan kerjasama maritim pragmatik antara China dengan negara-negara ASEAN yang berkenaan.

张弘