China Sokong Pembaharuan WTO

2018-11-24 16:14:09  CRI
Share with:
Kementerian Perdagangan China mengeluarkan dokumen yang menjelaskan pendirian China mengenai pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semalam. 

Dokumen berkenaan telah membentangkan tiga prinsip asas dan lima saranan pihak China dalam hal ini.

Naib Menteri Perdagangan merangkap Timbalan Perunding Perdagangan Antarabangsa, Wang Shouwen berkata,  unilateralisme dan amalan perlindungan kini menonjol apabila ekonomi dunia mengalami transformasi yang mendalam, sekali gus menjejaskan sistem perdagangan multilateral. Dalam konteks ini, China menyokong pembaharuan WTO bagi meningkatkan kewibawaan dan keberkesanannya. 

Dalam pada itu, pembaharuan WTO harus berpandukan tiga prinsip asas, iaitu pertama mempertahankan nilai teras sistem perdagangan multilateral; kedua, melindungi kepentingan pembangunan negara membangun; dan ketiga, mengekalkan mekanisme pembuat keputusan berprinsipkan persepakatan dicapai melalui rundingan.  

China turut mengemukakan lima saranan mengenai pembaharuan WTO, iaitu perlu mempertahankan kedudukan sistem perdagangan multilateral sebagai saluran utama, mengutamakan penyelesaian isu-isu mustahak yang berkaitan dengan kewujudan WTO, menyelesaikan isu keadilan dalam peraturan perdagangan, memastikan layanan istimewa dan berbeza anggota membangun terjamin, dan menghormati mod pembangunan masing-masing.

 

张哲