Harimau Malaya Mara Bergaya ke Separuh Akhir Piala AFF

2018-11-25 13:23:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_9a6e516ba5acee12e6101a4e8662935f5bf97dd45faf4

Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.

Turun dengan hanya satu misi iaitu mengutip tiga mata penuh, barisan anak buah Tan Cheng Hoe menampilkan aksi penuh semangat di tambah pula dengan kehadiran penyokong berbaju serba hitam kuning yang memenuhi segenap ruang dalam stadium berkapasiti 87,000 penonton itu.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A setelah mengumpul sembilan mata dan hampir pasti akan bertemu Thailand yang dilihat tidak mempunyai masalah mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir mereka menentang Singapura, sekali gus muncul juara Kumpulan B.Sementara itu, Vietnam mengungguli Kumpulan A dengan kutipan 10 mata setelah melakar kemenangan 3-0 ke atas Kemboja pada perlawanan yang berlangsung serentak hari ini, dan dijangka bertemu naib juara Kumpulan B, sama ada Singapura atau Filipina.

Lebih manis, kejayaan menewaskan Myanmar itu juga menamatkan kemarau kemenangan ke atas Myanmar dalam empat pertemuan terakhir, sebelum ini.Kali terakhir Malaysia menewaskan Myanmar adalah pada 2011 apabila mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

 

(Sumber dari BERNAMA)

张弘