Pembaharuan, Keterbukaan China Beri Sumbangan kepada Dunia

2018-11-26 16:56:57  CRI
Share with:

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka China bukan sahaja meningkatkan kekuatan negara secara menyeluruh dan membaiki hidup rakyat secara ketara, malah menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran dunia.

Demikian pandangan yang disampaikan oleh kumpulan pemikir dan peniaga dalam Forum Kumpulan Pemikir Kebangsaan 2018 baru-baru ini, yang bertemakan "China dalam konteks ulang tahun ke-40 dasar pembaharuan dan pintu terbuka".

Mereka percaya, usaha terus-menerus untuk mendorong pusingan baharu pembaharuan dan keterbukaan bertaraf tinggi adalah cara terbaik untuk memperingati proses pelaksanaan dasar tersebut.

Naib Pengarah Pusat Peyelidikan Dewan Negara China, Ma Jiantang berkata, China telah melaksanakan beberapa langkah baharu, termasuk menyediakan suasana perniagaan yang lebih menarik, mengurangkan tarif import terhadap 1,400 jenis barang keperluan seharian dan 1,500 produk perindustrian, di samping terus memperluas akses bidang kewangan, automotif, pesawat udara dan perkapalan.

高蕾