95 Ribu Pelancong Asing Sertai Pesta Air Kemboja

2018-11-26 12:00:49  CRI
Share with:

'Bon Om Touk', pesta air tradisional Kemboja yang berlangsung selama tiga hari telah menarik penyertaan pelancong tempatan dan asing.

Di Phnom Penh iaitu venue sambutan utama, jumlah pelancong meningkat hampir 50% berbanding tahun lalu kepada 4.5 juta, dengan kira-kira 95 ribu pelancong asing.

Menurut Kementerian Pelancongan Kemboja, pelbagai aktiviti diadakan dalam tempoh pesta air itu, termasuk perlumbaan perahu naga, pertunjukan bot berlampu, acara memuja bulan dan sebagainya.

曹捷