Projek Rangkaian Pengesanan dan Bank Data Gempa Bumi Laos Bermula

2018-11-28 14:30:08  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_l2


Majlis letak batu asas untuk Projek Rangkaian Pengesanan dan Bank Data Gempa Bumi Negara Laos yang dibina dengan bantuan China telah diadakan di Vientiane, Laos semalam. Naib Menteri Sumber dan Alam Sekitar Laos, Bounmuy Phouttavoug, atase ekonomi dan perdagangan China ke Laos, Wang Qihui, Naib Ketua Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CNEC), Liu Jie serta wakil dari jabatan berkenaan kedua-dua negara telah menghadiri majlis tersebut.

图片默认标题_fororder_l1
 

Wang Qihui menyatakan bahawa selepas projek itu siap dibina, Laos akan mempunyai sebuah rangkaian pengesanan gempa bumi yang informatif. Sementara itu, China akan membantu Laos meningkatkan kemampuan dalam bidang pengesanan gempa bumi melalui penganjuran latihan untuk teknisyen negara itu.

Projek itu dikendalikan oleh CNEC dan dijangka siap dibina menjelang tahun 2020. Selepas siap dibina, rangkaian itu dapat mengesan gempa bumi berukuran tiga skala Richter ke atas yang berlaku di seluruh Laos dan boleh mengeluarkan maklumat dengan serta merta.

图片默认标题_fororder_l3

曹捷