Malaysia Alu-alukan FDI Syarikat China

2018-11-28 13:34:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_maha

Kerajaan Malaysia mengalu-alukan penanaman modal langsung (FDI) dari syarikat China dan rakyat negara itu juga amat menanti-nantikan peluang-peluang yang akan diundang melalui pelaburan China.

Demikian ujar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui delegasi perniagaan Kelab Usahawan China (CEC) di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya pada 27 November lalu.

Mahathir berkata, kerajaannya bersedia mengetahui keperluan daripada syarikat China demi mencapai situasi menang-menang.

Presiden CEC, Ma Weihua berkata, lawatan delegasi CEC kali ini bertujuan untuk mengadakan pertukaran dengan komuniti perniagaan dan usahawan Malaysia supaya melaksanakan konsensus dan program kerjasama yang telah dicapai dan ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara, agar terus memperdalam kerjasama dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian yang turut menghadiri pertemuan tersebut menyatakan bahawa kerjasama China-Malaysia dalam sektor ekonomi dan perdagangan sedang berkembang baik pada masa ini dan dipercayai mempunyai prospek yang lebih baik pada masa depan.

Lawatan delegasi CEC yang meninjau persekitaran pelaburan di Malaysia kali ini turut memperlihatkan keyakinan usahawan China terhadap pasaran Malaysia.

Dalam tempoh lawatan kali ini, delegasi CEC juga akan mengunjungi Alliance Steel (M) Sdn Bhd di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng, Kuantan dan Kumpulan Proton untuk menerokai peluang kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, Data Besar, e-dagang serta pemprosesan produk makanan dan industri pertanian.

周乔西