Usahawan China Tinjau Peluang Pelaburan di Malaysia

2018-11-28 12:18:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_153167410

图片默认标题_fororder_1801693513

Interaksi dan pertukaran antara delegasi perniagaan Kelab Usahawan China (CEC) dengan tokoh-tokoh kalangan politik dan perniagaan Malaysia diharap dapat menggalakkan kerjasama China-Malaysia dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

Demikian ujar Presiden CEC, Ma Weihua yang mengetuai delagasi CEC itu ketika berucap dalam sesi interaksi dengan pegawai-pegawai dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Kuala Lumpur pada 27 November lalu.

图片默认标题_fororder_360888786

Dalam sesi interaksi tersebut, MIDA memperkenalkan persekitaran dan dasar keutamaan dari segi pelaburan serta peluang dan cabaran yang sedang didepani perusahaan China di Malaysia.

Ma Weihua berkata, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Dalam pada itu, MIDA sentiasa memainkan peranan penunjuk jalan bagi syarikat-syarikat China untuk menjalankan pelaburan di Malaysia.

图片默认标题_fororder_1587938227

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Dato' Azman Mahmud berkata, China memiliki kemampuan dan kelebihan yang besar dalam pembangunan teknologi. MIDA bersedia mengintensifkan kerjasama dan koordinasi dengan CEC, dan juga menggalakkan lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia.

Difahamkan, delegasi CEC dijadualkan membuat lawatan di Malaysia pada 26 hingga 30 November. Selain Kuala Lumpur, delegasi itu juga akan meninjau peluang pelaburan di Kuantan.

周乔西