Filipina Takkan Terperangkap dalam Krisis Hutang

2018-11-29 13:44:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_waijiao

Pinjaman China menduduki perkadaran yang agak terhad daripada jumlah hutang luar Filipina, dan negara itu tidak akan terperangkap dalam krisis hutang.

Demikian ujar Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing kelmarin.

Pada 25 November lalu, Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez III dalam Forum Pembangunan Filipina menyatakan bahawa hutang Filipina terhadap China dijangka menduduki 4.5% jumlah keseluruhan sekiranya kebanyakan projek pembinaan prasarana mendapat pembiayaan menjelang 2022. Jadi, Filipina tidak akan dibelenggu krisis hutang China.

Geng Shuang memuji kenyataan Dominguez tersebut dan menyatakan bahawa China membiayai projek berkenaan berdasarkan keperluan pembangunan sosioekonomi Filipina.

Projek berkenaan dipercayai akan menambah baik kesejahteraan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan menyuntik penjana baharu bagi pembangunan negara itu.

周乔西