Pemimpin China dan AS Setuju Kawal Pergeseran Perdagangan

2018-12-02 15:22:13  CRI
Share with:
Pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung selama lebih lapan bulan mengalami perubahan yang positif. Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump yang menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Argentina mengadakan rundingan kelmarin. Ini merupakan rundingan kali pertama antara kedua-dua pemimpin sejak pergeseran dicetuskan pada bulan Mac yang lalu. Kedua-dua pemimpin telah mengadakan perbincangan tentang isu ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara serta mencapai konsensus untuk mengawal pergeseran perdagangan. Menurut konsensus itu, tarif tambahan yang dikenakan pada tahun ini bakal dibatalkan. Kedua-dua pihak akan segera memulihkan hubungan ekonomi dan perdagangan yang normal dan mewujudkan situasi menang-menang.
Dalam sidang kemuncak APEC yang diadakan tidak lama dahulu, Presiden Xi berkata, tiada mana-mana pihak yang menang dalam baik Perang Dingin, Perang Panas, mahunpun perang perdagangan. Pergeseran perdagangan antara China dengan AS yang berlangsung lebih lapan bulan telah menjejaskan ekonomi kedua-dua negara malah perdagangan dunia.
China dan AS mengelakkan perang perdagangan dinaik taraf malah menghentikan perang perdagangan merupakan khabar yang baik bagi seluruh dunia.
Menurut konsensus yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin, China bakal menambah jumlah import dari AS berdasarkan permintaan dalam negeri. Langkah ini akan mengimbangkan perdagangan bilateral antara kedua-dua negara. kumpulan kerja kedua-dua negara akan segera mengadakan perbincangan pusingan baharu berdasarkan konsensus tersebut. China akan mengemukakan rancangan pragmatik berdasarkan kepentingan bersama-sama kedua-dua negara dan order perdagangan dunia.
Pergeseran perdagangan antara China dengan AS agak rumit dan tidak mungkin sama sekali diselesaikan melalui beberapa kali rundingan. Bagaimanapun, China berdaya untuk menangani sebarang masalah. 
徐国玮