Wang Yi Terangkan Hasil Pertemuan Pemimpin China-AS

2018-12-02 14:51:42  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan sidang media di Buenos Aires malam semalam waktu tempatan untuk memaklumkan hasil yang tercapai dalam pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Sysrikat (AS), Donald Trump yang baru berakhir.

Wang Yi berkata, kedua-dua pemimpin telah menjalankan pertukaran yang mendalam yang berlangsung selama dua jam setengah dalam suasana yang ramah dan ikhlas. Pertemuan itu berakhir dengan membulatkan konsensus dan menggaris hala tuju perkembangan hubungan bilateral untuk suatu tempoh masa akan datang.

Kedua-dua pihak bersetuju mendorong perkembangan hubungan bilateral yang berdasarkan penyelarasan, kerjasama dan kestabilan. Kedua-dua pemimpin ini akan mengekalkan komunikasi yang erat melalui lawatan, pertemuan, komunikasi melalui telefon dan surat supaya bersama-sama memandu hala tuju hubungan dua hala. Lawatan antara kedua-dua pemimpin ini akan diadakan pada masa yang sesuai. Kedua-dua pihak bersedia berusaha bersama-sama mendorong pertukaran dan kerjasama agar membuahkan hasil yang lebih banyak dalam pelbagai bidang.

Perbincangan kedua-dua pihak mengenai isu ekonomi dan perdagangan dijalankan dalam suasana yang aktif dan bersifat membina. Kedua-dua pemimpin bersepakat memutuskan untuk menghentikan tindakan menambah lagi tarif. Kedua-dua pihak telah mengeluarkan siri cadangan bersifat membina bagi menyelesaikan perselisihan dan masalah-masalah yang sedia wujud. Kumpulan kerja kedua-dua pihak akan mempercepat rundingan ke arah membatalkan semua tambahan tarif agar mencapai perjanjian yang saling untung dan memang-menang dengan seawal mungkin.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengambil tindakan tindakan untuk meningkatkan kerjasama dalam penguatkuasaan dan antidadah, antaranya termasuk kawalan terhadap bahan Fetanil.

China telah menegaskan lagi pendirian dan prinsip dalam isu Taiwan, dan AS menyatakan akan terus mengamalkan dasar 'Satu China'. Selain itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai isu Semenanjung Korea.

 

曹捷