Xi Hadiri Sidang Kemuncak G20

2018-12-02 14:11:27  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ke-13 Pemimpin-pemimpin Kumpulan 20 (G20) terus diadakan di Buenos Aires pada petang kelmarin dan pagi semalam waktu tempatan.

Ketika membincangkan isu perdagangan, Presiden China, Xi Jinping menyarankan, pelbagai anggota G20 dikehendaki mengekalkan keterbukaan, menjunjung konsep perdagangan bebas, mengekalkan dan memperluas pasaran yang tebuka, mewujudkan kerjasama dan menang-menang dengan saling melengkapi. Pelbagai anggota perlu mengekalkan sikap inklusif untuk bersama-sama mengembangkan perdagangan antarabangsa supaya pelbagai negara dan semua rakyat semakin memanfaatkan globalisasi ekonomi. Selain itu, peraturan berkenaan perlu dipelihara agar menyediakan persekitaran yang stabil dan boleh diramalkan bagi perdagangan antarabangsa berkembang dengan sihat.

Ketika membicarakan isu perubahan iklim, Presiden Xi menyatakan, kita perlu bersikap bertanggungjawab untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menyediakan tenaga penggerak politik bagi kerjasama antarabangsa dalam menangani perubahan iklim. Pelbagai pihak perlu melaksanakan seratus peratus perjanjian yang terkandung dalam Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Paris, mendorong transformasi ke arah karbon rendah dan hijau di seluruh dunia.

Sidang kemuncak G20 ditutup dengan pengeluaran Pengumuman Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin G20 Buenos Aires pada pukul 2.15 petang semalam waktu tempatan. 

曹捷