Ucaptama Xi Jinping Pamerkan Citra Negara Bertanggungjawab

2018-12-02 13:05:41  CRI
Share with:

Ucaptama Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak ke-13 Pemimpin-pemimpin G20 di Buenos Aires, Argentina Jumaat lalu telah mempamerkan citra negara yang bertanggungjawab. Anggota G20 disyorkan memelihara persekitaran ekonomi antarabangsa yang bebas, terbuka, inklusif dan teratur.

Demikian dinyatakan Canselor Universiti 
Kartika Widya Indonesia, Murpin Josua Sembiring baru-baru ini.

Menurut beliau, China menyumbang besar kepada ekonomi dunia pada 40 tahun yang lalu sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. China bukan sahaja mencapai hasilan yang cemerlang, tetapi juga mengeksport komoditi yang bermutu tinggi dan berharga rendah serta produk yang berteknologi tinggi ke negara lain. Dunia mendapat manfaat dari perdagangan dengan China, dan juga diharap menimba pengalaman dari kejayaan China.

高蕾