Kenapa Visi Jauh Diperlukan bagi Genggam Hala Tuju Ekonomi Dunia?

2018-12-02 13:07:22  CRI
Share with:

Pada sesi pertama Sidang Kemuncak ke-13 Pemimpin-pemimpin Kumpulan 20 (G20) di Buenos Aires, Argentina Jumaat lalu, Presiden China, Xi Jinping menyeru para pemimpin negara agar "menggenggam hala tuju ekonomi dunia dengan sikap bertanggungjawab", berani memandang dengan visi strategik, menjunjung "keterbukaan dan kerjasama, semangat perkongsian, inovasi dan menang-menang", demi membawa ekonomi dunia ke arah yang betul.


Pada 10 tahun yang lalu, G20 berperanan penting dalam tadbir urus ekonomi global. Kini, ketika membincangkan sekali lagi topik yang sama, pemimpin negara anggota menghadapi risiko kemelesetan ekonomi sejagat dan impak unilateralisme serta amalan perlindungan perdagangan terhadap sistem multilateral. Mereka patut memilih kerjasama dan menolak pertentangan, ataupun semata-mata mengejari kepentingan sendiri sahaja yang kemudian mengakibatkan pergolakan sedunia?

Pilihan itu boleh dikatakan susah dibuat, kerana visi yang jauh dan strategik amat diperlukan.

Ketika mengimbau kembali sejarah, G20 pernah menyatupadukan pendirian, menyelaraskan dasar ekonomi dan mengelak amalan perlindungan perdagangan dalam krisis kewangan antarabangsa yang tercetus pada tahun 2008, sehingga pertumbuhan ekonomi global dipulih. Semangat "bersatu padu bagi menghadapi kesukaran" tidak boleh dilupai hari ini.

Disebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar G20 menyumbang 85% jumlah keseluruhan ekonomi sedunia, maka pendirian kumpulan itu akan menentu arah pembangunan ekonomi global dan kesejahteraan rakyat dunia.

Ahli politik mementingkan pembangunan, akan tetapi yang bervisi inklusif dan strategik sepanjang proses pembangunan hanya berjumlah sedikit sahaja. Jurang perbezaan antara golongan miskin dengan kaya dalam masyarakat yang dikatakan semakin ketara, dilihat sebagai sebahagian penyebab yang mengakibat pertentangan globalisasi di negara barat. Walaupun perdagangan bebas dan globalisasi telah membawa manfaat kepada pelbagai entiti ekonomi dari segi keseluruhan, namun ada yang mendapat banyak, sedangkan ada yang mendapat sedikit, bahakan ada yang mendapat kosong. Ini telah mendatangkan kecurigaan dan pertentangan terhadap globalisasi yang mudah disalahi oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Tiada pihak yang menang dari ekonomi global yang tidak sihat. Visi jauh amat diperlukan bagi setiap orang, terutamanya ahli politik yang dikehendaki menggenggam hal tuju ekonomi global.

高蕾