Sidang Kemuncak G20 Luluskan Deklarasi Buenos Aires

2018-12-03 14:35:02  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ke-13 Kumpulan 20 (G20) meluluskan Deklarasi Buenos Aires sebelum menutup tirainya di Argentina Sabtu lalu. Para pemimpin anggota G20 dan pertubuhan antarabangsa telah mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi dunia, pelaburan, perdagangan, pembangunan berterusan, perubahan iklim, pembinaan prasarana, sumber tenaga dan pekerjaaan sempena sidang kemuncak selama dua hari itu. 
Presiden Argentina, Mauricio Macri dalam sidang media berkata, G20 menyediakan platform untuk mengadakan dialog dan kerjasama. Pelbagai pihak amat berpuas hati kerana berjaya meluluskan deklarasi tersebut melalui kerjasama. 
Menurutnya, China berperanan penting di arena antarabangsa. Pembangunan China bukanlah ancaman tetapi peluang. Hubungan antara Argentina dengan China amat baik. Pembangunan China akan mencipta banyak peluang kerja dan peluang pembangunan kepada Argentina. Perjanjian yang tercapai antara Argentina dengan China adalah menang-menang.

徐国玮