Pendapatan Pelancongan Angkor Wat Lebih USD100 Juta

2018-12-03 15:40:28  CRI
Share with:

Menurut data terkini oleh pihak pengurusan kawasan pelancongan Angkor Wat, lebih 2.32 juta pelancong asing telah melawat tempat bersejarah itu dalam tempoh 11 bulan lalu. Pendapatan pelancongan berjumlah USD104 juta dolar Amerika. Angka ini meningkat 9.27% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Provinsi Siem Reap, lebih 800 ribu pelancong China melawat provinsi itu dalam 9 bulan pertama tahun ini. Jumlah pelancong China ke provinsi itu pada tahun ini dijangka akan mencatat 1.2 juta orang. 
 

覃淼