Bina Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Argentina Pada Era Baharu

2018-12-03 13:44:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123796896_15437823099541n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Argentina, Mauricio Macri di Buenos Aires semalam. Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk membina hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Agentina pada era baharu.

Xi berkata, pertemuan dengan presiden Macri sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun lalu telah mencipta rekod baharu dalam sejarah hubungan China-Argentina. Semasa menghadapi situasi dan cabaran semasa, kedua-dua negara harus merancang hubungan dua hala dengan perspektif yang lebih luas dan berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan. Kedua-dua negara harus memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, membuka era baharu bagi hubungan perkongsian strategik komprehensif dan menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

图片默认标题_fororder_1123796896_15437837729021n

Presiden Xi menambah, China dan Argentina harus saling menyokong dalam isu-isu yang menjadi kepentingan utama masing-masing, dan menghormati serta menyokong jalan pembangunan satu sama lain. Sejak Argentina mengalami pergolakan pasaran kewangan pada tahun ini, China terus memberikan sokongan kepada kerajaan Argentina untuk memelihara kestabilan kewangan dan berkeyakinan penuh terhadap prospek pembangunan negara itu.

Macri mengalu-alukan lawatan presiden Xi dan menyatakan akan terus berusaha untuk memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Argentina dan mempergiat kerjasama dua hala dalam rangka Inisiatif Jalur & Laluan (BRI).

胡星