Kemungkinan Pertemuaan Lagi Trump-Kim Awal 2019

2018-12-03 11:14:02  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa beliau mungkin akan mengadakan pertemuan lagi dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un pada Januari atau Februari tahun depan.

Menurut White House, Trump memberitahu media dalam perjalanan kembali ke AS dari Argentina bahawa beliau dan Kim Jong-un mempunyai "hubungan yang amat baik". Tempat pertemuan itu masih belum ditetapkan. Tambahnya, beliau akan mengundang Kim melawat AS pada suatu hari nanti.

覃淼